.
Darul Ikhwan. Powered by Blogger.

Mengenai Kami


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terima kasih kerana sudi untuk melawat laman sesawang kami - Darul Ikhwan. Izinkan saya untuk memperkenalkan syarikat kami. 

Syarikat kami iaitu Darul Ikhwan Bookstore dimiliki sepenuhnya oleh Muslim dan baru sahaja ditubuhkan pada 1 November 2013 dengan aktiviti perniagaan utama iaitu menjual Al Quran dan buku islamik terbitan daripada pelbagai penerbit. Untuk pengetahuan pembaca, ketika ini kami masih lagi merupakan mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia (Bangi) dan bakal bergraduasi tahun 2014, InsyaAllah, doakan kami.

Selain menerima tempahan secara runcit, kami juga menerima tempahan secara borong. Untuk tempahan secara borong, anda boleh memilih "Diskaun Borong."

Untuk ketika ini, kami masih tiada pejabat rasmi untuk beroperasi, namun begitu kami bergiat aktif untuk berniaga secara online di website dan facebook. Andai terlewat membalas pertanyaan, komen atau email, kami memohon beribu kemaafan. Jika produk kami ada kecacatan, sila rujuk pada borang aduan yang disediakan. Kami masih belajar lagi dan banyak lagi untuk diperbaiki. Diharap bolehlah pihak anda membantu dan memperbetulkan kami.

Dikesempatan ini juga, kami memohon jika tidak menjadi keberatan agar pihak anda dapat berkongsi dan mempromosi dengan teman-teman ataupun sanak saudara mengenai testimoni, syarikat dan perniagaan kami, Darul Ikhwan Bookstore terutama sekali produk al Quran Pelangi Tajwid dan Terjemahan.

Akhir kata, besar sekali harapan kami atas sokongan yang anda berikan dan tidaklah dapat kami ungkapkan dengan kata-kata. Hanya doa mampu kami panjatkan semoga kehidupan anda sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Moga Allah redha.

Yang Benar,
Ahmad Shukery B. Azizan,
Pengasas Darul Ikhwan Bookstore
Facebook : Ahmad Shukery B. Azizan / Darul Ikhwan (Page FB)
Email : kalamhamba@gmail.com

013-7297785

0 comments:

Post a Comment